Halaman

Februari 02, 2012

Panduan Merekabentuk Pendawaian Elektrik Di Rumah

Artikel ini menerangkan tentang panduan merekabentuk sistem pendawaian elektrik di rumah yang biasa diamalkan oleh juruelektrik di Malaysia. Sebenarnya tiada pengiraan khusus untuk menentukan saiz wayar, MCB, RCCB dan bilangan mata kuasa memandangkan kita tidak mengetahui berapa banyak beban yang akan digunakan oleh pengguna di rumah. Walaubagaimanapun, sebuah badan antarabangsa yang dikenali sebagai IEEE (Institut Jurutera Elektrik dan Elektronik) telah menyediakan garis panduan untuk rekabentuk pendawaian elektrik ini.

Pendawaian elektrik rumah bermula daripada papan agihan atau dalam Bahasa Inggerisnya disebut Distribution Board (DB). Papan agihan terdiri daripada suis utama, RCCB dan MCB. Baca sini untuk mengetahui secara umum tentang papan agihan.  Pendawaian elektrik akan diagihkan ke dalam rumah melalui MCB.




Gambar di atas menunjukkan sistem pendawaian elektrik yang biasa dipasang untuk rumah 1 tingkat 3 bilik. (Klik pada gambar untuk besarkan, klik sini untuk muaturun gambar di atas dalam format PDF). 

Terdapat 4 jenis litar pendawaian elektrik rumah iaitu litar gelang, litar jejari, pencahayaan dan litar khusus. 

1. Litar jejari
Pendawaian litar jejari hendaklah meliputi jumlah kawasan bersaiz 50m². Tiada had bilangan soket alir keluar 13A (soket plug) untuk litar ini, tetapi mengikut pengalaman jurutera elektrik dan juruelektrik, 6 unit soket plug adalah bilangan yang ideal untuk kawasan seluas 50m². Biasanya litar jejari digunakan untuk pendawaian soket plug di dalam bilik. Saiz minimum wayar untuk litar ini adalah 2.5mm² bertebat PVC dan ia disambung pada MCB bersaiz 16A.

2. Litar gelang
Litar gelang adalah litar di mana pangkal dan hujung pendawaiannya disambung pada MCB yang sama. Pendawaian litar jejari hendaklah meliputi jumlah kawasan bersaiz 100m². Tiada had bilangan soket alir keluar 13A (soket plug) untuk litar ini, tetapi mengikut pengalaman jurutera elektrik dan juruelektrik, 10 unit soket plug adalah bilangan yang ideal untuk kawasan seluas 100m². Biasanya litar gelang digunakan untuk pendawaian soket plug di luar bilik seperti ruang tamu, ruang berehat dan dapur. Saiz minimum wayar untuk litar ini adalah 2.5mm² bertebat PVC dan ia disambung pada MCB bersaiz 32A.

3. Litar pencahayaan
Lampu, kipas, loceng pintu dan jam elektrik disambung pada litar pencahayaan. Jumlah maksimum mata kuasa yang dibenarkan untuk litar pencahayaan adalah 10 unit.  Saiz minimum wayar untuk litar ini adalah 1.5mm² bertebat PVC dan ia disambung pada MCB bersaiz 6A.

4. Litar khusus
Litar khusus adalah untuk peralatan elektrik yang kuasanya melebihi 2000 Watt seperti pemancur air panas, oven dan penghawa dingin. Setiap peralatan ini hendaklah dikhususkan satu litar pendawaian terus dari papan agihan, disambung pada MCB bersaiz 20A dengan saiz minimum wayar  2.5mm² bertebat PVC. Sebagai contoh, rumah anda mempunyai satu unit pemancur air panas dan 2 unit penghawa dingin. Ini bermakna anda memerlukan 3 litar khusus untuk peralatan tersebut. Litar khusus 1 untuk pemancur air panas, litar khusus 2 untuk penghawa dingin  pertama dan litar khusus 3 untuk penghawa dingin kedua. 

Dalam sesebuah rumah, bilangan litar jejari, litar gelang dan litar pencahayaan boleh lebih dari satu. Sebagai contoh, rumah 2 tingkat dengan 4 bilik. Litar jejari, litar pencahayaan dan litar gelang pertama adalah untuk tingkat bawah manakala  litar jejari, litar pencahayaan dan litar gelang yang kedua adalah untuk tingkat atas.

Kesemua MCB ini akan disambung pada RCCB dengan menggunakan wayar bersaiz 4mm² (minimum). Terdapat dua saiz RCCB yang sesuai untuk pendawaian elektrik dalam rumah iaitu 40A dan 63A. Sekiranya rumah anda memerlukan soket plug dan mata kuasa kipas/lampu tidak melebihi 20 unit dan tiada penggunaan peralatan elektrik berkuasa lebih 2000W, RCCB bersaiz 40A sudah mencukui. Jika lebih dari 20 unit dan mempunyai peralatan elektrik 2000W ke atas, RCCB 63A diperlukan. Gunakan RCCB yang mempunyai kepekaan 100mA.

Sekiranya pendawaian dilakukan dalam konduit GI (paip besi bergalvani), wayar elektrik yang perlu digunakan adalah jenis double insulated (2 lapis penebat). Ini kerana jika kerja pendawaian dilakukan dalam elektrik paip besi, sekiranya dilakukan dengan kasar ia boleh menyebabkan lapisan penebat wayar terkoyak. Oleh itu wayar double insulated diperlukan supaya penebat wayar elektrik masih dalam berkeadaan baik sekiranya lapisan pertama penebat telah terkoyak.

34 ulasan:

  1. terima kasih berkongsi ilmu, Allah pasti membalas jasamu. Pohon anda rendang dan berbuah, ramai yang berteduh dan merasainya. Ilmu tanpa amal ibarat pohon yang tidak berbuah. Amal tanpa ilmu ibarat pohon kering tiada berdaun

    BalasPadam
  2. Very informative bro.. keep it up!

    BalasPadam
  3. tq for the info..
    semoga tuhan membalas atas kebaikan yg dilakukan

    BalasPadam
  4. Usaha yg mulia lagi berpahala, amat berguna . teruskan usaha bro.

    BalasPadam
  5. salam bro ,nak name fb bole bro ?sya ambk kos elektrik,na tnye skit r psal elektrik ni ..

    BalasPadam
  6. https://www.facebook.com/pages/ZON-152/173190679382614

    BalasPadam
  7. thanks tuan. i learn something today.

    BalasPadam
  8. t.kasih saudara/saudari berkgsi ilmu...semoga hidupmu diberkati...amin

    BalasPadam
  9. Ape beza a32 dan c32?

    BalasPadam
  10. Beza antara MCB A32 (jenis A) dan MCB C32 adalah masa ia bertindakbalas (trip) terhadap arus berlebihan.

    Sekiranya arus setinggi 35A melalui MCB 32A, MCB jenis A akan bertindak lebih pantas untuk trip berbanding MCB jenis C.

    BalasPadam
  11. Mohon salin utk rujukan.

    Soalan: Jika saiz kabel dari RCCB ke MCB lebih dari 4mm2 boleh atau tidak? Apa pro dan kontranya?

    Terima kasih. Artikel yang sangat bermanfaat utk saya

    BalasPadam
  12. Tanpa Nama (10 Okt 2012):
    Boleh sahaja guna kabel lebih 4mm2, x de masalah, cuma makin besar saiz kabel makin mahal harganya

    BalasPadam
  13. Good info..terbaikkk...

    BalasPadam
  14. Alhamdulillah.. tuan ibarat lilin yang menerangi. Saya sendiri pun mmg orang elektrik juga hehehe belajar, ambil sijil dan kerja bahagian elektrik jugak tapi tak punyai masa untuk buat semua ini. Anda mmg hebat. Tahniah.

    BalasPadam
  15. thanks for sharing..kalo ilmu yg d ajarkn x kn penah abes..=)

    BalasPadam
  16. terima kasih ilmu paling berguna, semuga ilmu yang diberi di berkati allah

    BalasPadam
  17. Terima kasih atas ilmu yang saudara kongsi..semoga diberkati Allah

    BalasPadam
  18. saya ni perempuan...tapi semua kerja saya buat info dalam ni betul2 banyak membantu... tapi di pejabat saya aras 4 asyik trip saja... mcm mana tu??

    BalasPadam
  19. Terima kasih... byk membantu untuk saya wiring balik rumah kebiun saya. Inshaallah...

    BalasPadam
  20. thanx from johorean

    BalasPadam
  21. Pertanyaan, utk pendawaian kabel bumi bg lampu, perlu sambung kabel bumi ke lampu dulu atau ke suis dulu yer... time kasih sgt2... sgt bermanfaat ilmu yg diberikan

    BalasPadam
  22. lampu dulu...kalau pendawaian domestik@pvc just bumi pada lampu melainkan litar kuasa @ soket...

    BalasPadam
  23. salam, banyak maklumat yang boleh dipelajari diblog ini. mohon perkongsian segala maklumat ya.

    BalasPadam
  24. Trima kasih banyak.moga allah beri tuan sihat utk terus menulis n membimbing.

    BalasPadam
  25. salam. thanks for the info. i learnt n gained a lot.

    BalasPadam
  26. Tq bro. Mntk halalkn pengkongsian ilmu yg brmenafaat ini..

    BalasPadam
  27. Terbaik dari anda

    BalasPadam
  28. terbaik,dari kosong hingga paham ,pengunaan bahasa yang mudah semoga allah mebalas kebaikan tuan

    BalasPadam
  29. salam, baru2 ni Electric Commision mewajibkan pemasangan external residual current device (RCCB) sekurang2 nya 10mA pada setiap pemanas air elektrik utk elakkan renjatan elektrik..boleh tuan tunjukkan dalam gambarajah ni? terima kasih.

    BalasPadam
  30. terima kasih dengan ilmu yang anda share ini.

    BalasPadam
  31. Tq krna share ilmu ini...tq byk2....sgt bermanfaat..m

    BalasPadam
  32. info yang amat berguna... terima kasih kerana share maklumat ini... semoga bertambah lagi ilmu tuan...

    BalasPadam
  33. Tq Tuan moga beroleh berkat...daripada nya....

    BalasPadam